BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 14, 2011

when my lovely couzin from singapore coming to malaysia













Monday, May 9, 2011

~DiNnEr DrM






Sunday, May 8, 2011

~aku di waktu dolu-dolu~















tempoh 3 tahun pengenalan

         kite berkenalan selama 3 tahun di ipoh
          pelbagai dugaan yang kite hadapi bersama
         kadang-kadang ada yang sampai terasa dengan sikap masing-masing
        tapi itulah lumrahnya kehidupan,semua orang " not perfect"

       3 tahun kita alami pelbagai kenangan
       pelbagai kerenah yang aku dapat lihat
       tapi yang paling membahagiakan persahabatan ini kekal terjalin
       aku sayangkan korang semua
       perkenalan kite amat singkat
tapi aku akan kenangkan sampai bile-bile..

saat hari aku berada di ipoh kali terakhir
sedih,sakit, sangat hati ini
hati ini menangis dan sedih teringatkan kenangan kite semua
tido,makan,lepak-lepak bersama
bile aku bersedih korang semua ada disisi aku
thanks sahabatku..
aku sayangkan korang semua..
mesej-mesej korang yang terakhir akan aku simpan sampai bile-bile..

terima kasih kerana terima diri aku seadanya..
~i love u all so much~
















9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan

1. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

~LoVe~

                              kAdang cinta itu amat menyakitkan hati
                     kadang-kadang cinta itu membahagiakan
                     kadang-kadang cinta itu satu pembaziran masa bagi aku
                     kadang-kadang cinta itu hanya penipuan
                      tapi yang pasti biarlah bercinta dengan hati yang ikhlas


Friday, May 6, 2011

percutian di batu feringghi

                                                ayah,along,zirah,mokteh,imran,aku dan pokteh
                                                        syok habis dpt main banana...